Cari:
Pasaran Kopi ASEAN di China Amat Luas
2013-05-23 14:52:07 CRI Cetak

Naib Ketua Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning berkata semalam, beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan ASEAN dalam sektor kopi menunjukkan trend yang meningkat. Semakin hari semakin ramai pengguna China yang menikmati kopi yang lazat dari Asia Tenggara.

Menurut Xu, ASEAN bakal mengalami pertumbuhan pengeluaran kopi yang paling pesat di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sebagai pasaran import terbesar bagi kopi ASEAN, China pula merupakan negara yang paling berpotensi dalam pengunaan minuman tersebut. Maka, produk tersebut mempunyai pasaran yang amat meluas di China.

Asia Tenggara merupakan rantau pengeluar kopi yang penting di dunia. Vietnam mendahului Brazil sebagai negara pengeksport kopi yang paling banyak di dunia pada tahun 2012. Sebagai pengeluar dan pengeksport besar, Indonesia menduduki tempat kedua dalam keluasan penanaman kopi di dunia, iaitu mencatat lebih 1.3 juta hektar, manakala jumlah pengeluarannya adalah keempat di dunia.

Dimaklumkan, Jawatankuasa Kerjasama Kopi China-ASEAN telah ditubuhkan di Kunming pada Julai tahun 2011. Jawatankkuasa yang terdiri daripada persatuan dan syarikat terkenal itu bertujuan untuk memperhebat penanaman, pemprosesan dan peluasan pasaran kopi antara satu sama lain.

Sidang jawatankuasa tersebut bakal diadakan sempena Persidangan Kerjasama Industri China-ASEAN anjuran CABC yang dijadualkan di Kunming, provinsi Yunnan China pada bulan depan. Ia dipercayai menyediakan peluang kepada ketua persatuan dan wakil syarikat dari China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Laos bagi membincangkan kerjasama dan perkembangan dalam sektor kopi.

Xu Ningning mencadangkan supaya China membatalkan tarif import biji kopi yang sebanyak 8% dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran kopi segera di China, dan membawa limpahan manfaat kepada para pengguna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China