Cari:
Promosi Jenama Terkenal China-ASEAN di Beijing
2013-05-23 15:11:09 CRI Cetak

Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC) memulakan jerayawara Promosi Jenama Terkenal China-ASEAN di Beijing hari ini, di samping menerbitkan "Kategori Jenama Terkenal China kepada ASEAN" dan "Kategori Jenama Terkenal ASEAN kepada China". Langkah tersebut bertujuan untuk memperdalam pengetahuan tentang jenama syarikat dan penggunaan kedua-dua pihak selain mempertingkat daya saing jenama serantau di persada antarabangsa.

Kategori tersebut melibatkan 60 buah syarikat China dari sektor makanan, ubat-ubatan, instrumen, bahan binaan, dan simen, manakalaa 40 buah syarikat ASEAN dari sektor barang kemas, bir, kopi, kelengkapan memancing, perasa, logistik dan perkhidmatan perbankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China