Cari:
Kalangan Rakyat China-Asia Tenggara Eratkan Hubungan
2013-06-03 10:49:05 CRI Cetak

Dialog Tokoh Politik dan Rakyat China-Asia Tenggara dirasmikan di Nanning, Guangxi hari ini.

Tokoh politik dan perwakilan dari pelbagai kalangan masyarakat dari China dan negara-negara Asia Tenggara akan mengadakan perbincangan mengenai perkembangan hubungan serantau dan tindakan baharu bagi menjayakan kerjasama pragmatik.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China,
Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, 
Pengerusi Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China,
Liu Qibao menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Selain itu, pakar, sarjana dan perwakilan perusahaan juga akan meninjau peluang kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan serantau.

Naib Pengerusi Persatuan Kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan China (CANGO) Li Jinjun berkata, dialog kali ini bukan sahaja menunjukkan hasrat kalangan rakyat China-ASEAN mempererat hubungan, bahkan juga mencipta peluang baharu bagi kumpulan bukan kerajaan serantau meningkatkan komunikasi dan kerjasama.

Majlis perasmian dialog disempurnakan oleh Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Pengerusi Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Qibao; Pengerusi Parti Hati Nurati Rakyat Indonesia, Wiranto, dan tokoh-tokoh dari negara-negara Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China