Cari:
Filipina Saran Dakwa Pengawal Pantai Kes Pembunuhan Nelayan Taiwan
2013-06-12 14:46:31 CRI Cetak

Biro Siasatan Negara(NBI) Filipina menyarankan anggota Pasukan Pengawal Pantai negara itu yang disyaki membunuh nelayan Taiwan berusia 65 tahun pada 9 Mei lalu didakwa atas tuduhan jenayah.

Menurut sumber berita, Biro Siasatan Negara dalam laporan siasatan telah mengemukakan senarai anggota Pasukan Pengawal Pantai yang dipercayai melepaskan tembakan kepada kapal nelayan Taiwan serta nama anggota yang menembak mati nelayan Taiwan itu.

Selain itu, Biro Siasatan Negara turut menolak keterangan Pasukan Pengawal Pantai bahawa kapal nelayan Taiwan berniat melanggar kapal mereka.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Presiden Filipina berkata bahawa hasil siasatan itu diharapkan boleh meredakan ketegangan hubungan antara Filipina dengan Taiwan pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China