Angkatan Laut Filipina dan AS akan mengadakan latihan bersama di kawasan perairan Laut China Selatan yang berjarak 108 kilometer dari timur Pulau Huangyan pada 27 Jun hingga 2 Julai.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Tentera Laut AS Raymond Mabus, mengadakan lawatan ke Filipina pada 17 hingga 19 Jun lalu dan mengadakan perbincangan dengan pegawai Filipina tentang isu-isu keselamatan dua hala, keselamatan perairan, tindakan anti keganasan, menangani bencana dan operasi menyelamat kemanusiaan, serta isu Laut China Selatan. Menurut pihak AS, lawatan Raymond Mabus ini memperlihatkan AS dan Filipina memberikan perhatian serius terhadap "hubungan yang kukuh dan jangka panjang".