Jurucakap Kementerian Luar China, Puan Hua Chunying
China telah menolak lawatan Naib Presiden Filipina yang berkaitan dengan seorang pengedar dadah warga Filipina yang dikenakan hukuman mati.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan pengedaran dadah merupakan jenayah yang amat serius di dunia. China mengenakan hukuman terhadap pengedar dadah, sama ada penjenayah itu warga asing, menurut undang-undang negara ini.
Beliau juga menegaskan hukuman mati dikekalkan di China, dan keputusan berkenaan diambil mengikut prosedur undang-undang. Beliau mengingatkan warga asing yang berada di China mematuhi undang-undang negara ini.