Cari:
Jakarta Hantar Bantuan Bencana ke Aceh
2013-07-05 14:24:05 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyeru bantuan dihulurkan ke kawasan bencana gempa bumi di Aceh dengan secepat mungkin.

Menurut seorang pegawai kerajaan, Susilo sudah mengarahkan Agensi Bantuan Bencana negara itu bertindak segera untuk melaksanakan misi menyelamat di Aceh. Setakat ini, kecederaan teruk dan kematian banyak didapati di Aceh Tengah dan Bener Meriah.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 30 orang mati, 275 lagi cedera dan 12 masih hilang ekoran gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China