Menurut maklumat Kastam Chengdu, provinsi Sichuan China, ASEAN menjadi rakan dagang yang terbesar bagi provinsi tersebut.
Dimaklumkan bahawa jumlah perdagangan antara provinsi Sichuan dengan ASEAN pada buhan Januari hingga Jun telah mencatat USD5.38 bilion, meningkat 42.1% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan menduduki 18% daripada jumlah perdagangan luar provinsi itu. Antaranya, produk elektromekanik dan teknologi tinggi merupakan produk yang paling popular.
Penganalisis Kastam Chengdu berpendapat bahawa berbanding kemerosotan perdagangan dengan Eropah, AS dan Jepun, perdagangan Sichuan dengan ASEAN tetap mengekalkan pertumbuhan yang pesat, yang menandakan pelaksanaan "strategi ke selatan" amat berkesan.