Pihak penganjur Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-10 yang dirasmikan di Nanning pada 3 September nanti akan mengadakan aktiviti lebih kaya dengan peringkat lebih tinggi dalam skala lebih besar, supaya dapat menaik taraf platform interaksi antara China dengan ASEAN.
Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Zheng Junjian, sebanyak 4,600 gerai pameran bagi produk elektronik dan barangan bercirikan ASEAN. Kini, jumlah perusahaan yang mendaftarkan diri untuk menyertai ekspo kali ini lebih banyak 30% daripada jumlah yang dirancangkan. Lebih 200 orang tetamu peringkat menteri dan 1,000 orang wartawan dari dalam dan luar negara terlibat dalam pameran kali ini.
Dimaklumkan, majlis perasmian CAEXPO dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN, (CABIS) akan disatukan buat kali pertama. Selain itu, Pameran Prestasi 10 Tahun Lalu dan Jerayawara Taman Perindustrian pula diadakan untuk pertama kalinya.