Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh mengatakan bahawa pembangunan aman China memberi manfaat kepada seluruh rantau termasuk negara-negara ASEAN.
Menurutnya, China merupakan rakan yang penting bagi ASEAN dalam isu penjagaan keamanan, kestabilan dan kemakmuran. Kebangkitan China memberikan peluang yang amat besar kepada ASEAN. Di samping itu, ASEAN yang kuat, stabil dan bersatu juga selaras dengan kepentingan serantau termasuk China. ASEAN akan merapatkan lagi hubungan dengan China untuk menjamin negara-negara terlibat mendapat manfaat ekoran pembangunannya.
Le berkata, China merupakan negara pertama yang membina kawasan perdagangan bebas dengan ASEAN dan juga merupakan negara pertama yang menandatangani Perjanjian Persahabatan Kerjasama Asia Tenggara dengan ASEAN. China memberikan sumbangan kepada proses integrasi ASEAN dan pembinaan Komuniti ASEAN.
Tambahnya, ASEAN berharap China memainkan peranan yang lagi besar dalam isu antarabangsa.