Menteri Luar China, Wang Yi , Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Surapong Savetasreni dan pegawai kanan dari beberapa negara akan menghadiri Forum Peringkat Tinggi China-ASEAN pada 2 Ogos di Bangkok sempena Ulang Tahun Ke-10 Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN.
Forum anjuran kerajaan Thailand itu memfokuskan tiga aspek, termasuk mengkaji semula hasil perkongsian Strategik China-ASEAN, meninjau prospek dan fungsi serta tanggunjawab perkongsian strategik berkenaan.