Wang Yi (kriri) dan Pham Binh Minh (kanan)
China bersedia bersama-sama Vietnam supaya membina hubungan politik yang saling mempercayai, hubungan ekonomi yang saling menguntungkan dan hubungan persahabatan yang kukuh di kalangan rakyat supaya memelihara kepentingan strategik bersama, menghadapi pelbagai cabaran dan memperkasakan kerjasama strategik China-Vietnam yang menyeluruh.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Binh Minh di Hanoi semalam.
Wang Yi berkata, penyelesaian masalah Laut China Selatan amat penting bagi perkembangan hubungan China-Vietnam. Maka, kedua-dua negara perlu mempercepat pelaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mendorong masalah Laut China selatan diselesaikan secara baik, menjadikan pergeseran sebagai kerjasama agar mengelakkan hubungan dua hala daripada terjejas.
Pham Binh Minh pula menyatakan, pihak Vietnam amat mementingkan hubungan dengan China. Pihaknya bersedia bersama-sama China supaya melaksanakan konsensus yang sedia ada, meningkatkan kerjasama bilateral dan menangani isu laut dengan baik.