Cari:
Najib Beri Kata-kata Galakan Kepada Chong Wei
2013-08-12 15:06:53 CRI Cetak

Menurut Laporan Bernama , Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata-kata galakan kepada Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa tunduk di peringkat akhir menentang pemain China Lin Dan di Kejohanan Dunia di Guangzhou hari Ahad.

Chong Wei mengalami kekejangan ketika ketinggalan 17-20 pada set penentu di Gymnasium Tianhe. Sebaik saja Lin Dan mencecah mata ke-20, Chong Wei memberi isyarat yang beliau memutuskan untuk berhenti, sebelum kelak terpaksa menjalani rawatan lebih lanjut.

Najib menyatakan dengan menggunakan akaun Twitternya bahawa satu kebanggaan bila tewas menentang lawan yang begitu hebat. Lee Chong Wei telah melakukan yang terbaik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China