Cari:
11 Bandar Terpesona dalam Ekspo China-ASEAN Ke-10
2013-08-16 11:31:48 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN ke-10 akan diadakan pada 3 hingga 6 September nanti di bandar Nanning, Guangxi, China. Berdasarkan maklumat terkini dari Sekretariat Ekspo China-ASEAN, 11 buah "Bandar Terpesona" dalam ekspo kali ini telah ditetapkan termasuk bandar Nanning dari China, Ipoh dari Malaysia, Seri Begawan dari Brunei Darussalam, Singapura, Vientiane dari Laos, Kyauk Phyu dari Myanmar, Daerah Istimewa Yogyakarta dari Indonesia, provinsi Kampong Thom dari Kemboja, provinsi Isabella dari Filipina, provinsi Trat dari Thailand dan provinsi Binh Dinh dari Vietnam.

Pameran "Bandar Terpesona" selalu merupakan bahagian yang amat menarik dalam Ekspo China-ASEAN. Sempena ulang tahun ke-10 terjalinnya Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN dan anjuran Ekspo China-ASEAN, pameran "Bandar Terpesona" kali ini juga akan memperlihatkan peluang perniagaan yang besar dalam kerjasama serantau, keistimewaan dan kelebihan negara masing-masing serta hasil yang dicapai dalam bidang perdagangan, pelaburan, sains, kebudayaan dan pelancongan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Johor merupakan "Bandar Terpesona" dalam Ekspo China-ASEAN ke-8.

Bandar Ipoh Malaysia akan dipromosi dengan menggunakan kawasan pameran seluas 108 meter persegi dan mencontohi reka bentuk Stesen Kereta Api Ipoh yang sangat cantik untuk memperlihatkan seni bina bangunan, kebudayaan dan sumber pelancongan di bandar ini. Seri Begawan dari Brunei yang digelar sebagai "Venice di timur" akan memperlihatkan daya tarikannya yang unik dan potensi pembangunan bandar yang cerah. Singapura akan memperlihatkan keunggulannya sebagai platform terbaki bagi syarikat-syarikat untuk mewujudkan pengantarabangsaan. Pelbagai bandar lain juga akan menggunakan peluang ini untuk memperlihatkan daya tarikan dan hasil pembangunan masing-masing.

Setakat ini, terdapat 93 buah bandar dari China dan ASEAN yang telah menampilkan daya tarikan masing-masing dalam pameran "Bandar Terpesona" di Ekspo China-ASEAN dalam 9 tahun yang lalu. Pameran ini telah menjadi platform bagi mereka untuk meningkatkan pertukaran persabahatan, mengharumkan nama bandar dan memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Lihat juga
berita lain
v Ekspo China-ASEAN ke-10 di Nanning pada September 2013-06-26 15:58:04
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China