Bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi telah diumumkan sebagai Bandar Terpesona bagi China dalam Ekspo China-ASEAN ke-10 yang akan diadakan pada bulan depan.
Naib Ketua Sekreariat Ekspo China-ASEAN, Huang Yuan menyatakan, bandar Nanning dipilih sebagai Bandar Terpesona kali ini adalah untuk memperlihatkan peranan positif bandar ini dalam mendorong interaksi dan kerjasama China-ASEAN dan Guangxi-ASEAN, menampilkan kedudukan penting bandar Nanning sebagai hub dalam kerjasama China-ASEAN, di samping melonjakkan imej dan daya pengaruhnya di arena antarabangsa.
Ekspo China-ASEAN ke-10 akan diadakan sempena ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN. Oleh itu, pelbagai negara yang terlibat telah memilih sebuah bandar yang paling menarik dan tipikal di negara masing-masing sebagai Bandar Terpesona dalam ekspo kali ini.