Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-9 pada tahun lepas
Presiden Xi Jinpin menyampaikan ucapan pada CABIS ke-9 tahun lepas.
CABIS ke-9 pada tahun lepas
Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-10 akan dirasmikan di Nanning, Guangxi pada 3 hingga 5 September nanti.
Sidang kemuncak yang bertemakan "Galakkan Kesalinghubungan, Perkukuh Kerjasama" kali ini akan terus memainkan peranan positif bagi menggalakkan dialog peringkat tinggi antara kedua-dua pihak, mendorong kesalinghubungan dalam pelbagai bidang dan mempererat kerjasama antara sektor.
Sempena sidang tersebut, beberapa aktiviti yang lain, termasuk sidang dialog kerjasama ekonomi dan perdagangan, ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN, sidang dialog meja bulat antara pemimpin Filipina dengan Ketua Pegawai Eksekutif perusahaan China, forum jaringan kerjasama bandar pelabuhan China-ASEAN dan sebagainya juga akan diadakan.