Cari:
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-45 di Seri Begawan
2013-08-21 12:08:01 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-45 diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam semalam.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam tempoh mesyuarat berkenaan, setakat Julai lalu, ASEAN telah menamatkan 79.4% rangka tindakan pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN. Selain itu, dengan kemelesetan ekonomi sejagat, ekonomi ASEAN merealisasikan kadar pertumbuhan 5.7% pada tahun 2012, lebih tinggi daripada 4.7% pada tahun 2011.

Para menteri juga membincangkan prestasi serantau di hadapan situasi ekonomi global dan bertukar-tukar pendapat untuk memperhebat daya saing, peranan dan kedudukan serantau dalam rantaian bekalan antarabangsa sekaligus memperkasakan kerjasama syarikat kecil dan sederhana, dasar persaingan, perlindungan pengguna dan hubungan rakan dalam sektor awam dan swasta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China