Malaysia menyasarkan untuk menarik pelaburan China ke Malaysia dalam Ekspo China-ASEAN ke-10 pada tahun ini. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar Malaysia ke China, Iskandar Sarudin.
Menurut beliau, jumlah pelaburan antara satu sama lain terutamanya dalam bidang hartanah dan sumber minyak dan gas asli menunjukkan trend peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini meskipun ia kalah banding dengan jumlah perdagangan yang menduduki tempat pertama antara anggota ASEAN. Jumlah berkenaan dipercayai melonjak setelah Taman Industri Malaysia-China di Kuantan siap dibina. Sementara itu, Taman Industri China-Malaysia di Qinzhou pula akan menarik lebih banyak syarikat Malaysia.