Usaha mendorong pembangunan dan mengurangkan kemiskinan di desa serta mencegah perkembangan kemiskinan di bandar raya dalam proses perbandaran telah menjadi tumpuan perhatian bersama China dan negara anggota ASEAN dalam Forum Pembangunan dan Pengurangan Kemiskinan Masyarakat China-ASEAN ke-7 yang telah berakhir di Fangchenggang, Guangxi 22 Ogos lalu.
Ketua Pengarah Pusat Pengajian Populasi dan Penghijrahan Austrila, Graeme Hugo menyatakan China dan negara ASEAN perlu mengambil langkah untuk menjamin kebebasan berhijrah baik dari desa ke bandar mahupun dari bandar ke desa, mengurangkan halangan kaum tani bagi menyertai pembinaan ekonomi bandar, mengurangkan diskriminasi terhadap kaum tani, dan meningkatkan interaksi serta hubungan antara kawasan mikisin demi dapat berkongsi sumber maklumat.
China dan ASEAN telah mengadakan kerjasama positif bagi membasmikan kemiskinan. Misalnya lebih 10 buah program kerjasama mengurangkan kemiskinan telah dilaksanakan oleh China dengan Malaysia.
Penyelaras Eksekutif yang juga Naib Ketua Pengarah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Aizul Fidy Bin Kamarudin pula menyatakan Malaysia bersedia mengambil sikap terbuka untuk meninjau dan membelajari langkah China bagi mengurangkan kemiskinan dalam proses pembandaran.