Cari:
Perusahaan ASEAN Peroleh Manfaat menerusi CAEXPO
2013-08-25 15:28:56 Agensi Berita China Cetak

Naib Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Huang Yuan menyatakan bahawa CAEXPO ini merupakan wadah perdagangan dan ekonomi antara pelbagai negara serantau. Perusahaan dari rantau tersebut memperoleh manfaat yang melimpah ruah daripada penganjuran temasya itu selama 10 tahun.

  

Pengurus Syarikat Industri Old Ipoh Shanghai Bhd., Deng Fang semalam berkata kepada media, Old Ipoh yang berjaya menembusi pasaran China empat tahun yang lalu merealisasikan peningkatan jumlah penjualan yang mengagumkan pada setiap tahun sekarang ini. Setakat tahun lepas, terdapat lebih 30 buah syarikat pembuat kopi putih seperti Old Ipoh mengambil bahagian dalam CAEXPO di China. Kesemua data tersebut menunjukkan, CAEXPO memainkan peranan yang amat penting dalam memperkenalkan produk kopi putih Malaysia.

Menurut Huang Yuan, Indonesia, Malaysia, Thailand, Laos, Myanmar dan Vietnam akan masing-masing menyewa satu balai untuk memamerkan produk mereka sepanjang pelaksanaan CAEXPO ke-10 yang bakal dirasmikan tidak lama lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China