Cari:
Mustafa Mohamed: Ekspo China-ASEAN Peluang Kepada Malaysia
2013-08-26 15:38:46 CRI Cetak

Malaysia amat mementingkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China dan akan terus mendorong kerjasama kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Mustafa Mohamed ketika menghadiri Majlis Penubuhan Dewan Perniagaan China Malaysia (MCCC) Sabtu lalu.

Menurutnya, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia dan juga merupakan destinasi pelaburan yang penting bagi Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu meningkatkan lagi pelaburan ke China.

Beliau berkata ekonomi China yang berkembang pesat memberikan makna yang penting kepada Malaysia dan ASEAN. Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan di Nanning bulan depan akan memberikan peluang kepada syarikat Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China