Persidangan Peluasan Menteri Pertahanan ASEAN akan dirasmikan besok di Bandar Seri Begawan, yang bakal dihadiri menteri pertahanan dan pegawai pertahanan dari negara anggota ASEAN, China, AS dan Jepun. Kenyataan Bersama Persidangan Peluasan Menteri Pertahanan ASEAN kali kedua dijangka dikemukakan pada hari yang sama.
Sempena persidangan berkenaan, Majlis Makan Malam akan diadakan malam ini. Sebelum jamuan tersebut, Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Chuck Hagel.