Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sedang mengadakan lawatan rasmi di China membuat tinjauan di Urumqi dan Shihezi, wilayah Xinjiang. Setiausaha Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Parti Komunis China, Zhang Chunxian menemui beliau di Urumqi petang semalam.
Lee Hsien Loong berkata, ini kali pertama beliau melawat Xinjiang. Hubungan antara Singapura dengan Xinjiang amat dinamik dan kerjasama kedua-dua pihak pasti akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Beliau berharap kedua-dua pihak meningkatkan komunikasi, bersama-sama mencari peluang kerjasama dan mewujud situasi menang-menang.