Persidangan Menteri Pertahanan ASEAN diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei malam semalam.
Dalam persidangan tersebut, para peserta menegaskan lagi kepentingan kerjasama keselamatan dalam pembinaan komuniti politik dan keselamatan ASEAN menjelang 2015. Negara-negara ASEAN akan meneruskan mekanisme kerjasama Persidangan Menteri Pertahanan ASEAN dan Persidangan Peluasan Menteri Pertahanan ASEAN untuk bersama-sama mengatasi cabaran keselamatan dan pertahanan.
Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Chuck Hagel.
Dalam pertemuan tersebut, Chang menegaskan China dan AS patut menjalankan kontak dan dialog dalam rangka pelbagai hala, meningkatkan hubungan saling mempercayai, di samping membangunkan hubungan pertahanan dan ketenteraan