Sempena ulang tahun ke-10 hubungan rakan strategik China-ASEAN, Persidangan Menteri Luar Khas China-ASEAN yang bertemakan "mengekalkan jiran bersahabat, memfokuskan pembangunan dan kerjasama" diadakan di Beijing hari ini. Menteri-menteri luar China dan negara ASEAN mengadakan rundingan mengenai hubungan dua hala dan masa depan kerjasama, serta mencapai kata sepakat yang jitu.
Menteri Luar China, Wangyi berkata, pihaknya bersedia untuk terus menggalakkan integrasi ekonomi, meningkatkan pasaran terbuka antara satu sama lain, memudahkan sistem pelaburan dan melonjakkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ke tahap yang lebih tinggi.
Naib Perdana Menteri Thailand, merangkap menteri luar negara itu, Surapong Tovichakchaikul menyatakan, para peserta sebulat suara berpendapat negara-negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan perlu meningkatkan kerjasama dan tidak membenarkan hubungan China-ASEAN terjejas ekoran isu berkenaan.
Mesyuarat peringkat tinggi ke-6 dan sidang kumpulan kerja ke-9 pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) bakal diadakan di bandar Suzhou pada 14 hingga 15 September nanti.