Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Presiden China, Xi Jinping menghantar kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong sempena Hari Kebangsaan ke-68 Vietnam.
Dalam kawatnya, beliau berkata bahawa hubungan China dengan Vietnam berkembang baik. China mementingkan hubungan dengan Vietnam, dan berharap hubungan tersebut akan terus ditingkatkan.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Li Keqiang, Menteri Luar, Wang Yi juga masing-masing menghantar kawat tahniah kepada rakan-rakan sejawat mereka di Vietnam.