Thailand melakukan pelbagai usaha untuk memenuhi tanggungjawab sebagai penyelaras hubungan China-ASEAN sebaiknya. Usaha berkenaan diharap dapat memperkasakan perkongsian strategik ASEAN-China, mendorong perdagangan dan pelaburan, mengukuhkan kerjasama dan komunikasi antara rakyat Thailand-China, serta menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ketika diwawancara oleh pemberita sebelum berlepas ke Nanning untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-10.
Menurut beliau, ekspo kali ini dijangka menarik ramai pelabur dari China, Thailand dan negara-negara ASEAN lain, sekali gus merupakan peluang yang baik untuk mendorong kerjasama perdagangan antara China dengan ASEAN.
Yingluck berharap pelabur China mempertimbangkan untuk memberi keutamaan kepada Thailand sebagai tumpuan pelaburan dan rakan kerjasama.