Majlis penutupan Ekspo China-ASEAN ke-10 akan ditiadakan bagi mengurangkan kos operasi sekali gus menjadikan ekspo berkenaan lebih pragmatik. Selain itu, beberapa aktiviti yang berkaitan turut dibatalkan manakala tempoh ekspo itu dipendekkan.
Pegawai Sekretariat Ekspo China-ASEAN juga memaklumkan bahawa majlis perasmian Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN akan digabungkan.
Ekspo China-ASEAN ke-10 akan diadakan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 3 hingga 6 September ini.