Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang di Nanning, Guangxi hari ini menyatakan, negara-negara tersebut kekurangan dana, yang membantutkan pembinaan projek kerjasama kesalinghubungan.
Beliau mencadangkan agar saluran dan mod pembiayaan diperluas serta diperbaiki, selain mekanisme pembiayaan yang baharu diwujudkan bagi membina platform pelaburan dan pembiayaan milik Asia yang diuruskan oleh orang Asia untuk Asia serta menyokong pembinaan kesalinghubungan infrastruktur di rantau ini.