Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan China-ASEAN Mengenai Kesalinghubungan diadakan di Nanning, Guangxi semalam. Para menteri berkenaan mencapai banyak konsensus dan mengeluarkan kenyataan bersama. Mereka sepakat agar langkah-langkah berkesan dilaksanakan untuk menubuhkan sistem rangkaian pengangkutan yang hijau, selamat dan efisien, sekali gus mendorong kemakmuran ekonomi dan pembangunan lestari serantau. Langkah berkenaan termasuk mewujudkan platform pembiayaan dan meningkatkan kesalinghubungan maritim.