Cari:
PM China: Kukuhkan Kerjasama China-ASEAN
2013-09-03 15:37:03 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-10 dirasmikan di Nanning, Guangxi hari ini, oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Myanmar, U Thein Sein, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean.

Dalam ucaptamanya, Li menegaskan pentingnya meningkatkan kerjasama China-ASEAN, yang merupakan situasi saling menguntungkan dan menang-menang.

Katanya, kedua-dua pihak perlu bekerjasama meningkatkan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), serta kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

Selain itu, Li juga menyatakan, China akan giat memperluas import dari ASEAN. Kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian jangka panjang produk pertanian. Jumlah perdagangan dua hala dijangka akan mencatat USD1 trilion menjelang tahun 2020.

Menyentuh mengenai pertikaian Laut China Selatan, Li menegaskan, China tetap mahu pertikaian dengan pihak-pihak terbabit diselesaikan berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa. Kerajaan China bersedia pertikaian berkenaan diselesaikan melalui rundingan bersahabat.

Tambah beliau, China akan terus menyokong pembangunan ASEAN, selain bersama-sama ASEAN meningkatkan kerjasama pragmatik, bagi memacu perkongsian strategik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China