Cari:
Le Luong Minh: RCEP Beri Peluang Perniagaan kepada Perusahaan ASEAN dan China
2013-09-04 12:37:35 CRI Cetak
China dan ASEAN perlu giat terlibat dalam proses rundingan kerjasama ekonomi serantau untuk mencapai perjanjian kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan dalam rangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Usaha ini akan menyediakan peluang perniagaan yang besar kepada perusahaan ASEAN dan China.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh dalam majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-10 semalam.

Tambah beliau, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, CAEXPO berjaya mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (CAFTA) dan menyediakan banyak peluang untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral dalam rangka perkongsian strategik China-ASEAN. Sempena ulang tahun ke-10 perkongsian tersebut, kedua-dua pihak perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang berkenaan untuk melonjakkan kerjasama bilateral ke tahap yang baharu. Ini juga akan sekali gus meningkatkan pembangunan integrasi ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China