Myanmar yang bakal menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN akan bersama-sama negara-negara ASEAN lain untuk mengukuhkan perkongsian strategik dengan China.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Myanmar, U Thein Sein di Nanning, Guangxi semalam.
Menurut beliau, Komuniti ASEAN yang bakal ditubuhkan pada tahun 2015 akan merapatkan hubungan persahabatan rakyat ASEAN dan China. Myanmar akan giat bekerjasama dengan China untuk memperkasakan pelbagai mekanisme kerjasama yang didominasi ASEAN.