Cari:
Hun Sen: Pembangunan China Untungkan ASEAN
2013-09-04 15:41:50 CRI Cetak

China berperanan penting untuk menerajui pemulihan ekonomi dunia. Pembangunan China akan membawa manfaat yang besar kepada ASEAN, sekali gus menjadi pendorong kepada usaha memelihara kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ketika menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dam Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-10 di Nanning, Guangxi semalam.

Menurut beliau, China merupakan rakan pedagangan ASEAN yang terbesar, manakala ASEAN merupakan rakan perdagangan yang ketiga terbesar bagi China. Pihaknya yakin jumlah perdagangan China-ASEAN dapat mencapai sasaran sebanyak USD 500 bilion menjelang tahun 2015 sebagaimana yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China