Dalam majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Guangxi, Nanning pagi semalam, Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan hubungan ekonomi antara China dengan ASEAN semakin rapat. Katanya, China dan ASEAN yang berjaya mencipta "Dekad Emas" pada masa lalu, perlu terus memacu perkongsian strategik dan mencipta "Dekad Intan" pada masa depan.
Beliau turut mengemukakan lima inisiatif bagi mengukuhkan kerjasama China-ASEAN, iaitu pertama, meningkatkan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Kedua, memangkin kerjasama kesalinghubungan dalam sektor pembinaan lebuh raya, landasan kereta api, pengangkutan air, penerbangan, telekomunikasi dan sumber tenaga. Ketiga, meningkatkan kerjasama kewangan. Manakala cadangan keempat, menggerakkan kerjasama maritim serta menggalakkan pertukaran sosiobudaya.