Cari:
Kelebihan Saling Melengkapi Dorong Kerjasama China-ASEAN
2013-09-05 15:32:32 CRI Cetak

Kerjasama China-ASEAN adalah saling menguntungkan dan saling melengkapi melalui kelebihan masing-masing. China boleh mendapat peluang pelaburan di ASEAN, manakala produk pertanian ASEAN dapat memenuhi permintaan pembangunan ekonomi China.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan Thailand, Nivatthamrong Boonsongpaisal di Guangxi, Nanning hari ini.

Menurut beliau, komuniti ekonomi ASEAN akan ditubuhkan pada tahun 2015 yang akan turut memacu hubungan China-ASEAN, serta kerjasama bilateral.

Tambah beliau, China dan ASEAN masih mencari mekanisme kerjasama yang lebih meluas dan inklusif. Thailand bersedia bersama-sama China dan negara-negra ASEAN lain untuk menggalakkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China