Cari:
Model Kerjasama China-Malaysia Jadi Perhatian
2013-09-05 15:28:56 CRI Cetak

Sempena ulang tahun ke-10 CAEXPO , pelbagai program berkaitan kerjasama China dengan negara-negara ASEAN sedang diadakan. Antaranya, model kerjasama China-Malaysia, Taman Perindustrian Qinzhou, China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan, Malaysia-China menarik perhatian ramai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Dato' Seri Mustapa Mohamed dalam CAEXPO itu menyatakan, taman itu adalah lambang kerjasama yang rapat antara wilayah Guangxi dengan Malaysia, yang kini mencapai kemajuan yang baik sekali. Terdapat beberapa syarikat, termasuk syarikat Malaysia dan syarikat asing telah menempah ruang di taman perindustrian itu untuk mengadakan kegiatan-kegiatan syarikat. Pada masa yang sama, Taman Perindustrian Kuantan, Malaysia-China sedang dibina di Malaysia. Taman ini diharapkan dapat menarik lebih banyak pelaburan dari China. Kerajaan Malaysia akan menyediakan jaminan dan perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelabur asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China