Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) menetapkan CAEXPO ke-11 diadakan di Nanning, Guangxi pada 19 hingga 22 September 2014, dengan Singapura sebagai negara temanya.
Ekspo itu bakal memberikan tumpuan kepada perdagangan komoditi, kerjasama pelaburan, perkhidmatan perdagangan, teknologi canggih dan "bandar yang mempesona".
Ketika merumuskan CAEXPO ke-10, pegawai dari Bahagian Hal-Ehwal Asia, Kementerian Perdagangan China, Li An berkata, ekspo ini telah mencapai hasil yang baharu dalam usaha mendorong hubungan persahabatan serta memperdalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN.