Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-10 yang dijadualkan berlangsung selama empat hari berakhir di Nanning, Guangxi semalam.
Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Zheng Junjian dalam sidang media seterusnya berkata, ekspo kali ini sudah mencapai sasaran yang dikehendaki.
Zheng berkata, para pemimpin yang hadir memuji pencapaian kerjasama China-ASEAN dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dan mengemukakan matlamat pembangunan
pada masa depan. CAEXPO kali ini memperluas kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang kesalinghubungan, maritim, pembangunan taman perindustrian, kewangan, sains dan teknologi serta pertukaran sosiobudaya.
Menurut beliau, Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan CAEXPO ini menetapkan CAEXPO ke-11 diadakan di Nanning, Guangxi pada 19 hingga 22 September 2014, dengan Singapura sebagai negara temanya.








