Cari:
China dan ASEAN Boleh Mohon Bersama-sama Warisan Budaya Bukan Kebendaan Dunia
2013-09-12 14:21:24 CRI Cetak

Dalam Forum Kebudayaan China-ASEAN 2013 yang berakhir di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam, pegawai Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tim Curtis mencadangkan China dan ASEAN yang mempunyai kebudayaan yang serupa memohon pengisytiharan warisan budaya bukan kebendaan bersama-sama kerana kelulusan permohonan itu kini semakin ketat.

Tim Curtis menyatakan bahawa banyak warisan budaya bukan kebendaan di China dan ASEAN mempunyai kesamaan, permohonan bersama bukan sahaja mudah mendapat kelulusan bahkan berfaedah kepada perlindungan warisan budaya bukan kebendaan itu.

Naib Menteri Kebudayaan China, Dong Wei juga mengesyorkan supaya China dan ASEAN berdasarkan kesediaan bersama-sama memohon dan melindungi warisan budaya bukan kebendaan yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China