Kapal "Bahtera Damai" tentera laut China tiba di pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia semalam untuk mengadakan lawatan persahabatan selama dua hari.
Sebelum ini, kapal berkenaan telah melawat Flores dan memberikan perkhidmatan perubatan dan rawatan di Labuhan Bajo di Indonesia pada 10 September lalu. Selain itu, kapal itu juga diundang mengambil bahagian dalam perayaan dan perbarisan Sail Komodo 2013 yang dihadiri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. "Bahtera Damai" akan belayar ke Kemboja, destinasi terakhirnya selepas Indonesia.