Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) ditemui anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi di Jakarta semalam.
SBY berkata, Indonesia dan China seharusnya terus memperhebat kerjasama dalam pelbagai bidang. Rakyatnya mengalu-alukan lawatan Presiden China, Xi Jinpin ke Indonesia dan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ke-21 APEC di pulau Bali. SBY berharap bertukar-tukar pendapat dengan Xi tentang hubungan bilateral dan isu serantau dan antarabangsa.
Menurut Yang Jiechi, sebagai negara besar dan pasaran baru, China dan Indonesia perlu mempertingkat hubungan rakan strategik yang berperanan penting bagi menggalakkan keamanan, kestabilan, pembangunan serantau serta memperkukuh perpaduan negara membangun.
Pada hari yang sama, Yang Jiechi dan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Djoko Suyanto mempengerusikan mesyuarat ke-4 Sistem Dialog Peringkat Timbalan Perdana Menteri.