Sekumpulan wartawan ASEAN mengadakan lawatan ke Pusat China-ASEAN di Beijing baru-baru ini.
Ketua Setiausaha, Ma Mingqiang ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa Pusat China-ASEAN satu-satunya pertubuhan antarabangsa antara kerajaan yang ditubuhkan bersama oleh China dan 10 negara ASEAN. Pusat ini merupakan pendorong bagi mewujudkan rasa saling mempercayai dua hala dan melaksanakan kerjasama pragmatik dan menyebarkan persahabatan.
Menurutnya, China dan ASEAN perlu terus mengutamakan kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya menurunkan tarif kawasan perdagangan bebas melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan, menggalakkan kesalinghubungan dengan meningkatkan pembinaan kemudahan infrastruktur, dan meningkatkan interaksi dalam bidang pendidikan dan kebudayaan.