Cari:
Wang Yi Hadiri Pertemuan Menteri Luar BRICS
2013-09-27 16:35:12 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menemui rakan sejawatnya dari Jerman, Indonesia, Vietnam dan Afrika Selatan di Ibu Pejabat PBB di New York semalam serta menghadiri pertemuan Menteri Luar negara anggota BRICS.

Ketika menemui Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, Wang Yi menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan kerajaan baharu Jerman untuk meningkatkan rasa saling mempercayai strategik dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Guido Westerwelle pula menyanjung tinggi perkembangan hubungan Jerman-China pada masa ini.

Ketika menemui Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa, Wang Yi berkata, China dan Indonesia merupakan negara pasaran baharu muncul yang penting. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka mekanisme pelbagai hala antarabangsa seperti APEC dan bersama-sama melindungi kepentingan negara membangun.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Vietnam, Phim Binh Minh, Wang Yi menyatakan bahawa China sentiasa menaruh perhatian terhadap hubungan dengan Vietnam dan bersedia berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, mengawal isu sensitif dan terus meningkatkan tahap hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh China-Vietnam.

Dalam pertemuan menteri luar negara anggota BRICS, Wang Yi menyatakan, pemimpin negara anggota BRICS telah mencapai hasil positif dalam pertemuan Durban tahun ini, dan perlu terus meningkatkan interaksi dan penyelarasan dalam penyelesaian isu Syria melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China