Atas undangan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Yang di-Pertuan Agung Malaysia, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan ke kedua-dua negara tersebut serta menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-21 yang akan diadakan di pulau Bali pada 2 hingga 8 Oktober nanti. Maklumat ini diumumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang di Beijing hari ini.