Cari:
Lawatan Xin Jinping ke Indonesia Penting Bagi Hubungan Bilateral
2013-09-29 15:37:57 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Indonesia atas undangan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada awal Oktober nanti mempunyai makna yang amat penting bagi hubungan kedua-dua negara. Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Indoensia, Liu Jianchao ketika diwawancara media China hari ini.

Liu Jianchao

Liu Jianchao menyatakan bahawa Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dilawat Xi Jinping selepas beliau menyandang jawatan Presiden China. Ini turut menunjukkan kedudukan Indonesia yang penting dalam strategik dasar luar China. Dalam tempoh lawatan itu, Presiden Xi dan pemimpin Indonesia akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan hubungan rakan strategik China-Indonesia serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama.

Liu menambah, tahun ini ulang tahun ke-10 penjalinan hubungan rakan strategik China-ASEAN. China bersedia berusaha bersama-sama Indonesia terus meningkatkan hubungan rakan strategik China-Indonesia untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan hubungan China-ASEAN pada sedekad akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China