Persidangan Menteri Tenaga ASEAN ke-31 diadakan di Bali Indonesia baru-baru ini. Menteri Tenaga dari negara-negara anggota ASEAN mengadakan perbincangan mengenai situasi tenaga antarabangsa, prospek pengeluaran tenaga di ASEAN, rancangan kesalinghubungan, serta keinginan kerjasama pada masa depan. Mereka juga menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama dalam kepelbagaian bekalan tenaga, pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan peningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.
Timbalan Presiden Indonesia, Boediono ketika berucap merasmikan persidangan berkenaan berkata, ASEAN kaya dengan sumber tenaga termasuk minyak dan gas asli. Industri tenaga kian sempurna melalui pembangunan tahun-tahun ini. Walaupun pelbagai negara masih menghadapi kesukaran dalam perkongsian kepentingan, namun semua anggota perlu mementingkan kepentingan bersama untuk jangka panjang. Indonesia berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan anggota ASEAN yang lain, membangunkan tenaga secara menyeluruh berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan adil.