Projek pelancongan Chinatown usaha sama Chongqing, China dan Kemboja yang menelan belanja sebanyak USD 1 bilion akan dibangunkan di Phnom Penh, Kemboja. Pihak-pihak berkenaan telah memeterai kontrak pelaksanaan projek itu baru-baru ini.
Dimaklumkan, Kemboja menjadi rakan dagangan utama bagi bandar Chongqing. Jumlah import dan eksport perdagangan kedua-dua pihak mencatat USD 43.93 juta pada tahun lepas.