Cari:
Xi Jinping dan Susilo Bambang Yodhoyono Maklumkan Hasil Rundingan kepada Media
2013-10-03 13:05:08 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Susilo Bambang Yodhoyono telah mengadakan rundingan di Jakarta petang semalam. Kedua-dua pihak bersepakat meningkatkan hubungan bilateral ke tahap hubungan rakan strategik yang menyeluruh. Xi Jinping mengumumkan bahawa China mencadangkan penubuhan bank pelaburan infrastruktur Asia untuk menggalakkan

Ketika pemimpin kedua-dua negara tersebut bersama-sama menghadiri sidang akhbar, Presiden China Xi Jinping menyampaikan salam kepada wartawan China dan asing dalam bahasa Indonesia, dan turut mendapat tepuk tangan meriah. Menurut Presiden Xi, beliau berkeluh kesah terhadap perkembangan kerjasama yang pesat kedua-dua negara pada tahun-tahun kebekalangan ini berbanding dengan masa beliau pertama kali menjejak kaki di tanah Indonesia pada 20 tahun yang lalu.

Ketua kedua-dua negara dalam rundingan mereka bersepakat meningkatkan hubungan bilateral dari rakan strategik ke tahap rakan strategik yang menyeluruh. Ini menandakan kedua-dua pihak akan menggalakkan kerjasama pragmatik yang menyeluruh pada masa depan. Sehubungan dengan ini, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yodhoyono berkata kepada wartawan,

"Presiden Xi Jinping dan Saya bersepakat untuk meningkatkan hubungan bilateral menjadi hubungan rakan strategik yang menyeluruh untuk menggalakkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam pelbagai bidang, antaranya termasuk terus meningkatkan dialog politik dan perbincangan dalam urusan serantau dan antarabangsa di samping mengintensifkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang perdagangan dan pelaburan."

Pada hari yang sama, kerajaan kedua-dua negara juga menandatangani pelan perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Indonesia untuk tempoh lima tahun ke depan, perjanjian mengenai pembinaan taman perindustrian pragmatik serta dokumen-dokumen kerjasama yang melibatkan sektor perikanan, pelancongan, meteorology dan angkasa lepas.

Menurut maklumat berkenaan, dalam tempoh lawatan Presiden Xi Jinping, jabatan berkenaan kedua-dua negara juga memperpanjangkan tempoh perjanjian pertukaran mata wang dua hala yang bernilai RMB 100 bilion serta mempertimbangkan untuk memperluaskan skalanya. Hasil rundingan tersebut turut menggambarkan kesediaan yang ikhlas kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama yang pragmatik. Xi Jinping menyatakan bahawa prospek kerjasama bilateral yang saling menguntungkan amat cerah. Kata beliau,

"China dan Indonesia sama-sama adalah negara membangun yang berpengaruh besar di rantau ini bahkan dunia. Hubungan rakan strategik yang menyeluruh China-Indonesia bukan sahaja melibatkan isu hubungan bilateral, tetapi juga akan melibatkan urusan serantau dan antarabangsa. Dalam rundingan dengan Presiden Susilo Bambang Yodhoyono, saya mengemukakan cadangan untuk menandatangani konvensyen kerjasama yang bersahabat dan berjiran baik antara China dengan ASEAN dan meningkatkan tahap Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Kedua-dua cadangan itu telah mendapat respons yang positif Presiden Susilo Bambang Yodhoyono."

Selain itu, Presiden Xi Jinping juga mengumumkan bahawa China mencadangkan untuk menubuhkan bank pelaburan infrastruktur Asia. Cadangan ini turut mendapat respons yang positif Presiden Susilo Bambang Yodhoyono dalam majlis makan malam pada hari yang sama. Menurut maklumat, sebagai platform pelaburan dan pengumpulan dana serantau yang baharu, bank tersebut akan merangsang lebih banyak dana dilaburkan ke dalam projek infrastrukrut rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China