Cari:
Presiden China Nanti-nantikan Rundingan dengan Pemimpin Malaysia
2013-10-03 14:52:47 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan ke Malaysia hari ini. Ketika diwawancara media Malaysia dan Indonesia sebelum ini, Presiden Xi menyatakan, beliau menanti-nantikan pertukaran pandangan dengan pemimpin Malaysia dalam bidang penggalakan kerjasama yang menyeluruh kedua-dua negara demi membentukkan rangka yang stabil bagi perkembangan hubungan bilateral yang sihat dalam jangka masa yang panjang.

Ketika menyebut hubungan China-Malaysia, Xi Jinping menganggap bahawa hubungan kedua-dua negara ini berkembang dengan stabil, pragmatik dan secara menyeluruh pada tahun-tahun kebelakangan ini. China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia dalam tempoh empat tahun berturut-turut, manakala Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar bagi China di ASEAN pada lima tahun berturut-turut. Selain itu, pengoperasian Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China telah menjadi contoh bagi pembinaan taman perindustrian peringkat negara antara China dengan negara ASEAN lain. Kerjasama kewangan China-Malaysia juga berkembang pesat, perjanjian pertukaran mata wang dua hala yang bernilai RMB 180 bilion yang ditandatangani itu telah menjadi jaminan kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara. Situasi menang-menang telah diwujudkan dalam kerjasama China-Malakysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China